Tuesday, 20 November 2012

[MACHO BERITA] Perisik Israel Dibunuh dan Diseret sepanjang jalan Gaza

Assalamuailaikum,sekali lagi bertemu yer,,^^,jom teruskan selanjutnya,

Enam lelaki yang didakwa sebagai 'perisik Israel' telah dibunuh dan mayatnya diheret melalui jalan-jalan bandar Gaza oleh sekumpulan lelaki ketika pengumuman Israel yang memberikan amaran kepada rakyat Palestin untuk mengosongkan beberapa wilayah kerana mereka akan melakukan serangan darat.


Menurut seorang saksi, enam perisik tersebut ditahan dan dibawa ke sebuah persimpangan jalan di utara bandar dimana mereka kemudiannya ditembak kerana memberikan maklumat risikan yang membantu Israel mengetahui kedudukan tokoh-tokoh utama Hamas dan Jihad Islam untuk dijadikan sasaran oleh pesawat pejuang mereka.
Nama keenam-enam lelaki tersebut telah dipaparkan di sepanjang jalan raya selepas mereka disoal siasat oleh pegawai keselamatan Hamas tentang siapa yang memberi maklumat dan menjadi 'pemberi maklumat' untuk menentukan sasaran serangan yang tepat sehingga mengorbankan 118 nyawa rakyat Palestin - separuh daripadanya adalah orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak, - dalam tempoh tujuh hari operasi ketenteraan.


Adakah anda Gembira dengan Berita ini?Suarakan Kegembiraan anda Dikomen,Follow Blog juga