Friday, 3 August 2012

[MACHO ATTENTION]11 Penggodam Berprofil Tinggi

Apa yang anda tahu tentang penggodam (hacker)? Penggodam adalah orang yang menceroboh sistem komputer atau sistem laman web. Mereka ini menceroboh masuk sistem web dan mencuri maklumat-maklumat yang penting terdapat dalam sesebuah laman web itu.Contohnya akaun bank, gambar peribadi, dan lain-lain lagi. Di bawah ini adalah senarai 10 penggodam yang berprofil tinggi. Namun di antara mereka ini bukanlah menceroboh sesuka hati untuk kepentingan sendiri. Di antara mereka ini banyak membantu kerajaan untuk mencari dalang pengodam yang lain.

JONATHAN JAMES

Nama beliau terkenal apabila beliau bersama seorang rakannya yang berbangsa sweden (Fredrik Bjoerck), mampu memcari orang yang bertanggungjawab mewujudkan dan menyebarkan virus "Melisa Mac"Pada tahun 1999.Beliau juga pernah membantu Biro Penyisatan Persekutuan Amerika Syarikat(FBI) untuk mencari pengkhianat yang disyaki menghantar virus "ILOVEYOU" yang melumpuhkan sistem komputer seluruh dunia.

                                                      ADRIAN LAMO

Seorang juruanalisis ancaman,penggodam serta pemberi maklumat kepada kerajaan.Beliau mampu memecah masuk ke tapak web The New York Times,Yahoo!News dan Microsoft.Namanya dikaitkan dengan pembocoran dokumen perang Afghanistan oleh tapak web wikileaks serta pendedahan video serangan Helikopter di Baghdad 12 Julai 2007

 KEVIN MITNICK
Seorang penggodam komputer yang paling dikiehendaki di Amerika sekitar 90-an.Pada umur 12tahun,Mitnick menggunakan kejuruteraan sosial(social engineering) untuk menaiki bas secara percuma di sekitar Los Angeles,Pada 1979 ketika beliau berumur 16 tahun,dia dapat mengakses rangkaian komputer.Dia juga pernah didakwa pada tahun 1988 atas kesalahan menceroboh rangkaian komputer DEC.Sepanjang kerjayanya sebagai penggodam,dia telah berjaya mengakses ribuan rangkaian termasuk Nokia,Motorola,SunMicrosystem dan NEC.Pada 2000sebuah filem mengenai Mitnick berjudul TAKE DOWN telah diterbitkan.
KEVIN POULSEN

Poulsen pertama kali menggodam adalah melalui talian telefon distesen radio KIIS-FM di Los Angeles.Beliau terkenal sejak melakukan penipuan digital dengan menagku menjadi pemanggil ke-102 hanya untuk mendapatkan wang bagi membeli Porsche.Pihak polis pernah menangkap Poulsen dan beliau dipenjarakan selama 3tahun selepas menggodam 1,800 talian telefon.Kini beliau berkhidmat sebagai wartawan.
ROBERT TAPPAN MORRIS
Merupakan anak dari ilmuwan National Computer Security Center yang merupakan sebahagian dari National Security Agencies(NSA).Dia menjadi penggodam ternama selepas berjaya menginfeksi ribuan komputer yang terhubung dalam jaringan.Dia kemudian menulis Worm Internetyang popular pada tahun 1988.
STEPHEN WOZNIAK
erkenal sebagai pengasas bersama Apple.Ketika melanjutkan pelajaran di University of California,Wozniak menghasilkan alat yang dinamakan "bluebox" yang membolehkan rakan-rakannya menelefon secara percuma,Namun Wozniak bekerja dengan pencipta komputer apple(Steve Job) selepas menamatkan pelajaran.
TIMS BERNER LEE
Seorang saintis terkemuka yang berjaya menghasilkan dan merevolusikan perkongsian maklumat digital pada hari ini.Beliau adalah pencipta "www" iaitu dunia web yang paling pesat berkembang dalam sejarah manusia,teknologi yang berjaya menyatukan kaedah perhubungan berdasarkan internet.Meskipun beliau berjaya menghasilkan pembaharuan dalam dunia teknologi,beliau tidak pernah menjual ciptaannya kerana bagi beliau setiap maklumat bebas dikongsi bersama di seluruh dunia.
LINUS TORVALD
Penggodam yang mengembangkan sistem operasi Linux,gabungan dari"LINUS MINIX" . Kini sistem Linux menjadi sistem operasi "default"penggodam.Beliau kemudian membangunkan LINUX versi awal bersama Richard Stallman untuk mengembangkan kernel Linux.
RICHARDS STALLMAN
Pada September 1983 beliau melancarkan Projek GNU[4] untuk mencipta sistem pengendalian ala Unix bebas dan beliau dalah pengurus serta arkitek utama.Pelancaran Projek GNU ,beliau berjaya membentuk gerakan perisian bebas .Pada oktober 1985 beliau menubuhkan Yayasan Perisian Bebas.
TSUTOMU

Penggodam yang berjaya membantu Amerika Syarikat menangkap seorang penjenayah internet yang sangat dikehendaki iaitu Kevin Mitnick pada tahun 1994.

DAN yang terakhir sekali adalah penggodam yang paling hebat kat dunia ini,iaitu,tidak lain tidak bukan adalah :'

TOK IMAM

Dia menyebabkan dunia kerugian 1trilion kerana mencuri semua kad kredit bank di semua negara dan dia juga pernah menggodam beberapa site yang termasyur seperti FACEBOOK,TWITTER,MYSPACE,BLOGGER,CIA,FBI,dan banyak lagi,Dia juga dikehendaki oleh semua pihak polis daripada semua pihak negara yang memburunya kerana bukan sekadar kes Pencurian data yang dilakukan tetapi banyak lagi.