Kalau ada, RUJUK -> Google
Secara asasnya, sebaik-baik perlindungan adalah dengan cara pencegahan. Ini termasuklah tabiat pelayaran internet anda, tabiat muat turun dan juga perkongsian fail melalui storan bergerak anda, iaitu pemacu kilat (Flash drive @ USB Pendrive) dan cakera keras luaran (External HDD).
Tetapi jika semua langkah berjaga-jaga telah diambil, namun akhirnya PC anda menunjukkan tanda-tanda dijangkiti keylogger, seperti taipan pada papan kekunci menjadi lambat, prestasi PC merosot dengan mendadak (kerana keylogger juga menggunakan RAM dan memori yang sama pada PC anda) dan juga proses-proses pada PC anda terasa begitu 'berat', apakah lagi yang mampu anda lakukan selain format semula PC anda?
Baiklah. Sebelum format PC tersebut, anda hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga supaya segala apa yang anda taip pada papan kekunci tidak berjaya direkodkan dan dihantar kepada penggodam. Jadi bagaimanakah caranya?
Terdapat satu perisian yang mampu membantu anda mengenkripsi setiap apa yang anda taip dan menyebabkan data yang sepatutnya gagal dihantar kepada penggodam. Ia dipanggil Keyscrambler.
Menawarkan 3 pakej untuk komputer dengan sistem operasi Windows, ia boleh mencegah data sulit seperti nama pengguna dan kata laluan daripada jatuh ke tangan pihak yang tidak sepatutnya.
Muat turun versi percumanya di sini -> Keyscrambler Personal Free
Selepas pemasangan, anda hanya perlu restart PC anda, dan selepas itu segala aktiviti pada papan kekunci dan pelayar web anda akan terenkripsi oleh perisian ini seperti mana gambar di atas. Keylogger tetap akan merekodkan taipan pada papan kekunci anda, namun data yang diperolehinya adalah berbeza.