Baru-baru ini pc kawan saya telah diserang oleh sejenis virus baru yang saya panggil Live Security Platinum virus. Virus ini menyamar sebagai perisian antivirus, dan memaksa anda membeli perisian antivirus palsu tersebut untuk menghilangkan jangkitan virus.
Padahal, antivirus tersebut merupakan sejenis virus. Berikut merupakan screenshot antivirus palsu tersebut atau virus Live Security Platinum. Jika komputer anda mempunyai perisian seperti gambar di bawah, itu maknanya komputer anda telah diserang virus Live Security Platinum.
Setelah di jangkiti virus ini komputer anda tidak dapat melayari internet seperti biasa, tidak dapat membuka program antivirus lain, tidak dapat menggunakan Windows Task Manager dan lain-lain. Untuk menghilangkan jangkitan virus Live Security Platinum, anda perlu download beberapa perisian di bawah terlebih dahulu:
2. RKill
3. Malwarebytes
4. HitmanPro
Dan selepas itu follow guide lengkap di MalwareTips website.
Berikut penerangan secara ringkas guide dari MalwareTips
1. Restart windows dan masuk ke dalam safe mode dengan tekan F8 sebelum windows. Pilih safe mode with Networking.
2. Cuba buka Internet Explorer. Jika anda dapat mengakses internet, anda tidak perlu melakukan step 2 dalam guide MalwareTips iaitu STEP 2: Remove Live Security Platinum malicious proxy server
3. Double klik Windows Registry repairer yang anda telah download. Windows Registry repairer akan membetulkan kembali registry windows anda yang telah dirosakkan oleh virus tersebut.
4. Double klik RKill untuk menghentikan prosess yang dijalankan oleh virus tersebut.
5. Setelah repair registry dan kill process virus tersebut, anda perlu menggunakan Malwarebytes untuk membuang virus Live Secrurity Platinum dari komputer anda.
6. Restart.
7. Masuk ke dalam windows seperti biasa (bukan lagi safe mode) dan gunakan HitmanPrountuk mencari sasi baki virus Live Security Platinum dari komputer anda.
8. Jika anda follow sebetulnya guide dari MalwareTips, besar kemungkinan komputer anda sudah bebas dari jangkitan virus Live Security Platinum .
Selamat mencuba . :D