Tok Imam telah melakukan beberapa kajian terhadap 'tingkah laku' public/home keylogger dan industrial/commercial keylogger. Tok juga dapat merumuskan bahawa jika anda benar-benar mahu selamat dari
sebarang jenis 'trojan di dalam trojan' yang gagal dikesan oleh
antivirus anda, adalah lebih baik anda membeli keylogger (industrial)
yang sah dari pembangunnya.
Kenapa? Ini adalah kerana pada kebanyakan public keylogger, ianya telah
dibuat oleh Elite Hackers yang mahir atau pakar dalam bahasa
pengaturcaraan. Mereka bukanlah bodoh, mahu memberi tanpa menerima
apa-apa balasan. Jadi keylogger yang dihasilkan sememangnya bukan janji,
tapi pasti mengandungi satu lagi 'server' keylogger yang telah
'disuntik' ke dalamnya. Tujuan? Mudah dan ringkas untuk difahami.. Hanya
untuk mendapatkan maklumat sulit dan peribadi penggunanya. Bayangkan
jika pengguna tersebut menaip maklumat log masuk dalam laman web bank,
Paypal, Nuffnang... errr? Sudah tentu dengan mudah akaun mereka akan
digodam. Ya.. Bukan janji lagi tapi pasti. (Hati-hati dengan fail yang
bernama 'stub.exe' kerana selalunya ia adalah fail yang akan menjalankan
keylogger secara senyap selepas perisian yang berhubung dengannya
dijalankan)
Berbeza dengan industrial keylogger yang dijual
secara umum di internet, ia jauh lebih selamat, dikemaskini secara
konsisten oleh para pembangunnya (dengan tujuan untuk melepasi
pengesanan antivirus), serta lebih canggih dengan pelbagai ciri yang
sangat lengkap. Walaupun kadangkala harganya agak 'tidak munasabah', itu
jauh lebih baik dari mendedahkan akaun anda kepada risiko penggodam.
Mana mahu? Hilang RM100 kerana nak mencuba keylogger dari syarikat yang
dipercayai intergritinya, atau hilang beribu-ribu wang di bank akibat
menggunakan public keylogger?
Satu lagi pesanan Tok seboleh-bolehnya kurangkan penggunaan perisian
versi crack kerana dikhuatiri ia juga telah disuntik dengan keylogger,
apatah lagi jika perisian itu adalah keylogger versi crack!
Rahsia!Masukkan Super Virus Dalam site!
Main PS1 dalam kOmpUTER!
Cara Remove Virus Live Pentium