Apa Itu Crypter?
Crypter ialah sebuah perisian atau tool yang digunakan untuk
'menyembunyikan' virus, keylogger atau trojan yang dibuat oleh penggodam
untuk mengelakkan ia dari dikesan dan dipadam oleh perisian antivirus.
Ringkasnya Crypter ialah program yang membantu untuk melakukan enkripsi
kepada kod sumber virus/keylogger yang digunakan olehnya. Sila lihat
entri berkenaan cara antivirus berfungsi untuk memahami kaedah pengesanan antivirus.
Crypter melakukan kerjanya dengan cara mengubah atau melindungkan kod sumber yang asli. Cuba lihat contoh mudah di bawah:
Kod sumber virus sebelum dilakukan enkripsi:
001————- 010
100|Saya Virus Yang Hensem|000
010————- 111
Kod sumber virus selepas dilakukan enkripsi:
101————-110
010|Saya Virus Yang Hensem|110
110————-010
Kod aslinya telah diubahsuai oleh Crypter dan ini akan menyebabkan
perisian antivirus gagal mengesannya sebagai virus. Inilah dia tujuan
penggunaan Crypter, iaitu untuk membantu Keylogger yang kebanyakkannya
dari jenis Home/Public dari dikesan oleh antivirus dan membantu
penggodam untuk melengkapkan misi remote PC.
Contoh Crypter yang diedarkan di internet:
Apa Itu FUD?
FUD ialah kata singkatan dari Fully Undetectable. Oleh kerana Crypter
dan Binder telah digunakan secara meluas, maka kebanyakkan antivirus
telah memasukkan definisi untuknya ke dalam pengkalan data maklumat. Ini
menyebabkan Crypter juga dikesan sebagai 'hack tool' dan segera
dikuarantin atau dipadam sebelum ia dapat digunakan.
Kebanyakan Crypter atau Binder hanya akan bersifat FUD setelah satu atau
dua hari ia dilepaskan kepada umum. Jika anda mahukan Crypter/Binder
yang bersifat FUD, anda kena rajin mencari di forum-forum hacking yang
tinggi kadar INTEGRITINYA, dengan harapan Crypter/Binder yang diedarkan
tidak pula mengandungi apa-apa petualang seperti trojan mahupun virus!